Saturday, October 30, 2010

Jawatan Kosong : Kelab Golf Perkhidmatan Awam

Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi (N17)

Keterangan Kekosongan : Jawatan yang ditawarkan adalah Pembantu Bugi
- SPM atau kelayakan yang setaraf dengannya atau;
- Mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan; dan
- Berumur 18 tahun ke atas.

Status Jawatan Kosong : Tetap
Bilangan Kekosongan : 3

Tempat Kerja:
Negeri : W.P. KUALA LUMPUR
Daerah : WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Pekerjaan Ini Sesuai Untuk : Lepasan Sekolah/IPT
Waktu Bekerja : Shif
Gaji Ditawarkan : RM 1000
Jantina : Lelaki
Taraf Perkahwinan : Tidak Memilih

Cara Memohon:
Kepada yang berminat sila hantar biodata ke hr@kgpagolf.com

Tarikh Tutup Permohonan: 13 November 2010

Friday, October 29, 2010

Jawatan Kosong : Majlis Daerah Setiu

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan Rakyat Negeri Terengganu Darul Iman yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :-

1. JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA (GRED J 17) - TETAP

SYARAT LANTIKAN :-
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun dari tarikh tutup iklan
- Sijil dalam bidang Perancang Bandar dan Desa yang diiktirafkan oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi atau Politeknik tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya.
- lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktirafkan oleh Kerajaan.

CARA MEMOHON :-
- Setiap permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan MDSTR1 dengan harga RM: 2.00 yang boleh diperolehi daripada Bahagian Kewangan Majlis Daerah Setiu.

Permohonan hendaklah dihantarkan kepada :-

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH SETIU,
WISMA MDS,
22100 PERMAISURI,
SETIU, TERENGGANU.


(Sila tuliskan nama jawatan yang dipohonkan disebelah kanan dan tarikh tutup permohonan disebelah kiri sampul surat)

Sertakan salinan :
i. Gambar berwarna ukuran passport
ii. Sijil Kelahiran dan kad Pengenalan yang disahkan
iii. Salinan sijil yang berkaitan.

Tarikh Tutup Permohonan : 8 November 2010

Thursday, October 28, 2010

Jawatan Kosong : Lembaga Zakat Selangor

Lembaga Zakat Selangor (MAIS) menawarkan peluang kerjaya kepada anak kelahiran Negeri Selangor atau yang telah bermastautin di Negeri Selangor sehingga kini sekurang-kurangnya 5 tahun dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1. Pegawai Akaun (6 kekosongan)
2. Pegawai Teknikal (3 kekosongan)
3. Eksekutif Teknologi Maklumat (4 Kekosongan)
4. Akauntan (1 kekosongan)
5. Pegawai Zakat (15 kekosongan)

Cara Memohon:
Anda boleh layari www.jobstreet.com.my search job Lembaga Zakat Selangor, untuk mengetahui syarat dan keperluan jawatan tersebut. Sebarang permohonan boleh dihantar melalui portal tersebut ataupun menghantar permohonan ke Jabatan Sumber Manusia.


Tarikh Tutup Permohonan: 7 November 2010

Wednesday, October 27, 2010

Jawatan Kosong : Kementerian Sumber Manusia

1. Pembantu Hal Ehwal Islam (S17) (3 Kekosongan)


Syarat Kelayakan:
SPM/SPMV/MCE/O-LEVEL

Keterangan Kekosongan :
Status Jawatan Kosong : Tetap
Bilangan Kekosongan : 3

Tempat Kerja :
Negeri : W.P. KUALA LUMPUR
Daerah : WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Pekerjaan Ini Sesuai Untuk : Lepasan Sekolah/IPT
Waktu Bekerja : Normal
Gaji Ditawarkan : RM 870.29
Jantina : Perempuan
Taraf Perkahwinan : Belum Berkahwin

PERMOHONAN MESTILAH DIBUAT MELALUI http://www.jobsmalaysia.gov.my

Tarikh Tutup Permohonan : 1 November 2010

Wednesday, August 11, 2010

Jawatan Kosong : Pusat Pungutan Zakat MAIWP

Jawatan kosong di Pusat Pungutan Zakat MAIWP

Pembantu Penyelenggaraan ( 1 kekosongan )

* Kelulusan sekurang-kurangnya Sijil MLVK
* Pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang penyelenggaraan hawa dingin
* Boleh berkomunikasi dengan baik
* Sanggup bekerja selepas waktu pejabat dan hari cuti
* Lelaki sahaja

Calon-calon yang berminat sila tulis permohonan yang lengkap dengan menyatakan gaji yang dipohon, gambar berukuran pasport dan salinan sijil kepada :-

Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia
Pusat Pungutan Zakat MAIWP
Wisma PPZ, Dataran Shamelin
No 68 Jalan 4/91
Taman Shamelin Perkasa
56100 Kuala Lumpur

No Tel : 03-92895757

Klik >>> Iklan Lengkap

Tarikh tutup : 20 Ogos 2010

Jawatan Kosong : Kementerian Sumber Manusia

Jawatan kosong di Kementerian Sumber Manusia

Pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan seperti berikut:

1.Pemandu Kenderaan – Gred R3
2.Penghantar Notis – Gred N3
3.Pembantu Am Pejabat – Gred N1
4.Pekerja Awam – Gred R1

Klik >>> Iklan Lengkap

Tarikh tutup : 16 Ogos 2010

Friday, July 30, 2010

Jawatan Kosong : Tenaga Nasional Berhad

Tenaga Nasional Berhad, sebuah syarikat utiliti elektrik terbesar di Malaysia, mempelawa graduan-graduan serta pesara-pesara kerajaan yang berminat dan berkelayakan untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan sebagai:

1. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

Kelayakan
•Memiliki kelulusan akademik di peringkat Diploma Pembantu Perubatan atau Diploma Kejururawatan daripada Institut/Kolej yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia atau setaraf dengannya
•Berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia
•Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu.

Pesara-pesara dan bakal pesara kerajaan yang memenuhi syarat-syarat di atas adalah digalakkan memohon

Tugas & Tanggungjawab
•Mentadbir dan mengurus dispensari TNB
•Membantu Doktor dalam perawatan pesakit
•Memberi rawatan kepada pesakit luar
•Merawat kes-kes kecemasan
•Mengurus dan memberi ubat
•Menjalankan pemeriksaan makmal
•Memberi kaunseling kepada pesakit
•Bertugas atas panggilan (Stand-by)

Penempatan
Calon-calon yang berjaya di dalam temuduga akan ditempatkan di salah satu stesen di bawah:

1.Dispensari TNB Ibu Pejabat, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur
2.Dispensari Stesen Janaelektrik Sultan Ismail, Paka Terengganu
3.Dispensari Stesen-Stesen Janaelektrik, Cameron Highlands
4.Dispensari TNB Integrated Learning Solution (ILSAS), Bangi, Selangor

Cara Memohon
•Permohonan hendaklah menggunakan Borang TNB 188C yang boleh juga didapati di pejabat-pejabat TNB yang berhampiran


•Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Transkrip & Kelayakan Akademik, Kad Pengenalan, Resume/CV dan dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan), dan dialamatkan kepada:

Pengurus Besar (Pengurusan Sumber Manusia)
Bahagian Sumber Manusia
Tenaga Nasional Berhad
Tingkat 9, Ibu Pejabat
No. 129 Jalan Bangsar
59200 Kuala Lumpur

•Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat anda
•Tarikh tutup permohonan ialah pada 13 Ogos 2010
•Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan