Thursday, April 8, 2010

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Kerian Perak


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan kosong dan keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan.

1.1.A.

(a)

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

(g)

Jawatan

Klasifikasi Perkhidmatan

Kumpulan Perkhidmatan

Skim Perkhidmatan

Gred

Taraf Jawatan

Gred dan Jadual Gaji

:

:

:

:

:

:

:

PENOLONG PEGAWAI SENIBINA (J29)

Perkhidmatan Kejuruteraan

Sokongan

Penolong Pegawai Senibina

J29

Tetap

J29 : P1T1 RM 1549.40 - P1T21 RM 3046.80

P2T1 RM 1620.49 - P2T21 RM 3241.91

P3T1 RM 1694.60 - P3T21 RM 3430.90

B. SYARAT LANTIKAN :

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(i) Diploma dalam bidang Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred J29: P1T2 RM 1615.95; dan

(ii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

C. SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN

(i) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Juruteknik bidang Senibina dan Pelukis Pelan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) ke jawatan Penolong Pegawai Senibina Gred J29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: mempunyai kelayakan di atas; atau

(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan

(iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

1.2.A.

(a)

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

(g)

Jawatan

Klasifikasi Perkhidmatan

Kumpulan Perkhidmatan

Skim Perkhidmatan

Gred

Taraf Jawatan

Gred dan Jadual Gaji

:

:

:

:

:

:

:

PEMBANTU PENILAIAN (W17)

Perkhidmatan Kewangan

Sokongan

Pembantu Penilaian

Tetap

W17: P1T1 RM 821.89 - P1T24 RM 2152.88

P2T1 RM 873.32 - P2T24 RM 2274.01

P3T1 RM 926.26 - P3T24 RM 2399.46

B. SYARAT LANTIKAN :

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; DAN

(ii)(a) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; ATAU

(b)Sijil Pelajaran Malaysia (Sistem Terbuka):

    • Lulus enam (6) mata pelajaran termasuk kepujian Bahasa Melayu serta kepujian dalam mata pelajaran Matematik; ATAU

(c) Sijil Pelajaran Malaysia (Sistem Terbuka):

    • Lulus enam (6) mata pelajaran termasuk kepujian Bahasa Melayu serta kepujian dalam mata pelajaran Matematik yang dikumpul dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON:

  • Permohonan mestilah disertakan dengan salinan sijil yang disahkan.
  • Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga.
  • Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

PERMOHONAN:

  • Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Rasmi MDK 1 (PKDM) yang boleh diperolehi di Pejabat Majlis Daerah Kerian dengan bayaran sebanyak RM 2.00 untuk satu borang. Bagi permohonan secara pos, sampul surat beralamat sendiri (saiz A4) dan bersetem RM 0.50 perlu dikemukakan bersama bayaran RM 2.00 (Wang Pos) (Atas nama Yang Dipertua, Majlis Daerah Kerian).
  • Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Diploma/Sijil Persekolahan, surat beranak, kad pengenalan dan gambar berukuran pasport serta dikemukakan kepada:
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KERIAN
NO 1 WISMA MDK
JALAN PADANG
34200 PARIT BUNTAR
PERAK DARUL RIDZUAN

(iii) Tarikh tutup permohonan ialah pada 23 APRIL 2010

Wednesday, April 7, 2010

Jawatan kosong di Perbadanan Putrajaya




Perbadanan Putrajaya sedang mencari calon-calon untuk mengisi kekosongan jawatan secara sambilan bagi jawatan-jawatan

JAWATAN TARIKH TUTUP

1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 19 APRIL 2010
2. Penolong Pegawai Pertanian Gred G2 13 APRIL 2010
3.
Juruteknik Komputer Gred FT17. 13 APRIL 2010

DOWNLOAD IKLAN JAWATAN 1
DOWNLOAD IKLAN JAWATAN 2&3



Pemohon boleh menghantar resume dan salinan sijil-sijil yang telah disahkan berserta 2 keping gambar berukuran passport ke alamat seperti berikut:

Perbadanan Putrajaya
Kompleks Perbadanan Putrajaya
24, Persiaran Perdanan, Presint 3
62675 PUTRAJAYA.
u/p : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Maklumat lanjut : 03-88877000 sambungan 8071/8806 (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

Tuesday, April 6, 2010

Tips : EXAM GRED 41 (10 April 2010)

Khas untuk calon 'Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41' 10 April 2010 ini!

“Tak Tahu Nak Prepare apa untuk Exam Gred 41 pada 10 April ini? Kalau tak prepare memang susah nak lulus exam tu...”

Kini.. USAH RISAU lagi!

Jika anda serius mahu tahu 'preparation' terbaik untuk LULUS exam tersebut, teruskan bacaan!

Daripada: Team Tips PTD
Pengendali: Blog http://tipsptd.com/blog
Lokasi: Kuala Lumpur


Mungkin anda tertanya-tanya kenapa testimonial di atas adalah untuk Ujian PTD dan bukan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41. Sebenarnya untuk tahun 2010, peperiksaan telah diselaraskan formatnya dan perubahan hanya ada pada 1 seksyen sahaja dan 1 pertambahan.

Laman web ini menyediakan panduan lengkap untuk semua yang kami senaraikan berikut:

  1. Pegawai Pertahanan Awam (KP41)

  2. Pegawai Siasatan (KR41)

  3. Penguasa Bomba (KP41)

  4. Pegawai Keselamatan (KP41)

  5. Penguasa Penjara (KX41)

  6. Penguasa Kastam (W41)

  7. Penguasa Imegresen (KP41)

  8. Pegawai Penguatkuasa (N41)

  9. Pegawai Arkib (S41)

  10. Pegawai Pembangunan Masyarakat (S41)

  11. Pegawai Belia dan Sukan (S41)

  12. Pegawai Perhubungan Perusahaan (S41)

  13. Pegawai Penerangan (S41)

  14. Pegawai Tadbir dan Diplomatik (M41)


“Bagaimana Untuk LULUS Peperiksaan Bertulis Tanpa Perlu Melanggar Undang-Undang”

Kami telah menyediakan panduan khusus untuk Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41 sejak tahun lepas lagi dan hasilnya amat-amat memberangsangkan. Pelbagai emel menyatakan terima kasih telah kami terima, dan yang anda lihat di atas adalah sebahagian kecil daripada apa yang telah kami terima.

Dan untuk memastikan anda juga mendapat manfaat yang sama, saya akan buat yang terbaik untuk menjelaskan kepada anda sebab kebanyakan orang gagal dan bagaimana untuk mencapai kejayaan ini.

Sebelum anda pergi lebih lanjut, ingin kami beri amaran kepada anda bahawa...

92.68% GAGAL Dalam Peperiksaan
Bertulis M41

Dengan kata lain, daripada 48514 nama, hanya 3,579 sahaja yang layak menduduk peperiksaan dan statistik ini datang terus daripada Laporan Tahunan SPA 2008.

"Dengan kata lain, 44935 gagal dalam peperiksaan bertulis.

Dan ini TIDAK TERMASUK peperiksaan bertulis gred 41 lain yang
sekarang dah digabung bersama!"

Dan ini hanyalah salah satu daripada jawatan bukan semuanya. Jumlah yang gagal pasti lagi banyak kalau kesemua peperiksaan dikumpulkan bersama seperti tahun ini.

Kenapa gagal? Mereka tidak tidak berusaha untuk mengambil peperiksaan. Anda mungkin pernah jumpa orang yang tak nak buat apa-apa dan ingat peperiksaan ini kacang goreng sahaja.

Dah lah tu, mereka juga mungkin menerima surat yang berbunyi begini:

Kepada Encik/Cik/Puan,

Dukacita dimaklumkan bahawa anda telah gagal dalam peperiksaaan kemasukan Perkhidmatan Awam. Sila cuba lagi pada masa hadapan.


Jika sebelum ini Peperiksaan Bertulis hanya melibatkan beberapa jawatan seperti Pegawai Tadbir Diplomatik (M41), kini kebanyakan jawatan Gred 41 mengharuskan anda menduduki peperiksaan bertulis sebelum ke tahap seterusnya.


Komponen 1: Diskripsi Prima
Bernilai RM40

Dalam Huraian Seksyen A: Pecahan 1-"Sejarah Malaysia, anda akan pelajari:

  • Buku sejarah yang anda boleh rujuk untuk mengetahui sejarah (jangan bimbang, ianya sesuatu yang anda pernah baca dan mungkin ada lagi di rumah anda)
  • Jenis buku yang anda patut cari untuk Sejarah Malaysia (dengan ini, anda tidak perlukan buku teks)
  • Jenis-jenis soalan yang anda akan ditanyakan tentang sejarah Malaysia (anda tahukan ada 5 pilihan jawapan diberi?)

Dalam Huraian Seksyen A: Pecahan 2 - “Struktur Pentadbiran Negeri dan Pusat”, pula anda akan pelajari:

  • Apa yang anda perlu faham dalam bahagian struktur pentadbiran negeri dan pusat. Sebagai contoh, faham bahagian pembahagian tugas. Lain-lain lagi.
  • Struktur kementerian yang anda harus ingati
  • Bidang kuasa kerajaan negeri dan pusat
  • Rujukan sesuai untuk bahagian ini

Jika anda susah nak tulis esei dengan baik, anda akan mendapat tips Khas:
Bagaimana Menulis Esei Dengan Baik?

  • Anda dah tahu tip 5 wives, 1 husband? Tahu macam mana nak gunakannya untuk keputusan terbaik? Lihat bahagian ini untuk maklumat lanjut.
  • Tambahan, bagiamana menggunakan teknik 'brainstorming' untuk menyusun poin supaya esei anda mengalir dari satu poin ke satu poin dengan logik
  • Isu-isu yang perlu diberi perhatian dalam seksyen D dan E

Dan di atas hanyalah sebahagian kecil daripada apa yang akan anda dapat. Apa yang akan anda belajar adalah SANGAT TERPERINCI dan TERLALU BANYAK untuk disenaraikan semuanya di sini. Anda boleh lihat sendiri isi kandungannya di bawah:

Apa yang kami ingin tekankan ialah: semuanya dirangka dengan kemas dan terperinci untuk memastikan anda lulus dengan usaha kurang daripada mereka yang tidak mendapatkan panduan ini.

Peperiksaan ini biasanya hampir mustahil, tapi maklumat rahsia ini akan membolehkan anda untuk menjadikannya realiti. Kami akan berikan anda ‘study plan’ lengkap dengan rujukan bagaimana untuk anda ‘skor’ dalam setiap seksyen… sesuatu yang belum pernah diberikan oleh orang lain sebelum ini.

Anda tidak perlu duduk lama di meja belajar


Kami pasti anda ada banyak lagi benda nak buat selain daripada duduk di meja dan belajar. Anda ada kawan yang sedang menunggu anda, kekasih yang nak berdua-dua dengan anda dan banyak lagi. Anda sendiri tahu apa yang nak buat kan?

Untuk melengkapkan lagi persediaan anda, 5 lagi komponen penting ditambah dan anda perolehinya secara PERCUMA dalam pakej ini!

Komponen 2: Soal Jawab Inkuiri PTD
Bernilai RM30


Ianya lebih dikhususkan kepada skim M41. Melalui komponen ini anda akan mengetahui apa itu PTD, bidang tugas PTD dan pelbagai lagi soalan yang sering ditanya oleh bakal pegawai. Ianya juga relevan untuk skim Gred 41 yang lain. Anda juga akan mempelajari…

  • Himpunan soalan lazim yang selalu oleh calon
  • Apa itu PTD? Apa yang PTD buat? Kenapa PTD?
  • Apakah skim gaji PTD? Mana nak rujuk tentang tangga gaji PtD?
  • Bagaimana pegawai ditempatkan?
  • Jika gagal prePAC, apa langkah seterusnya?
  • Bagaimana nak lulus temuduga (tanpa perlu gagal berkali-kali)?

Dan banyak lagi yang bakal memudahkan pekerjaan anda sebagai seorang yang sudah lulus peperiksaan gred 41.

Komponen 3 hingga 6: Nota Esei
Bernilai RM20 setiap Satu
Jadi semuanya bernilai RM80!


Dalam komponen ini, anda akan mendapat lebih 13 tajuk pilihan. Ianya disusun kemas lengkap setiap tajuk dan dibahagikan secara sistematik supaya anda boleh mencari dengan cepat isi yang anda nak tahu.

Dengan ini, anda tak perlu pening lagi nak buka suratkhabar, internet dan lain-lain untuk persediaan anda. Berapa banyak masa yang boleh anda jimat dengan Nota Esei ini? Ingat, anda tak punya banyak masa dan anda mahu terus LULUS peperiksaan ini dan Nota Esei ini mampu membantu anda!

Tahukah anda untuk sesi awal 2009, isu Bioteknologi keluar sebagai salah satu soalan esei dan jika anda tak tahu langsung tentangnya, anda hampir pasti GAGAL. Tetapi mereka yang mendapatkan panduan ini mendapat maklumat ini dan kebanyakannya berjaya.

Ini pastinya menjimatkan masa anda untuk rujukan isu-isu penting seperti NKRA, KPI, H1N1, isu subsidi minyak dan lain-lain. Semuanya memerlukan fakta TETAPI anda tak perlu pening kepala lagi kerana komponen 3-6 bakal menyediakan anda dengan fakta-fakta penting yang anda perlu tahu.

HARGA PROMOSI

harga

apa la sangat jika hendak dibandingkan dengan hasil yang mungkin memberansangkan kelak...tapi bukan saya yang nak jual benda ni semua.

korang boleh klik kat sini
http://www.tipsptd.com/index.php?ref=hafizlidin

dia la tokeynya...hafizlidin.

apa tunggu lagi...? mungkin ia dapat membantu anda...pi join...

Thursday, April 1, 2010

Jawatan kosong di Travel & Tours Sdn. Bhd

Travel & Tours Sdn. Bhd. (UTTSB) menawarkan dua (02) kekosongan jawatan sebagai:


1) Sales Executive

Kelayakan:

· Kelulusan Diploma dalam bidang pengiklanan/pemasaran atau yang berkaitan.
· Sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam bidang tugas jualan dan pemasaran di hotel-hotel bertaraf 2 bintang ke atas.
· Boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
· Boleh bekerja tanpa seliaan, mempunyai komitmen untuk mencapai sasaran jualan,
bermotivasi tinggi dan berkemahiran interpersonal yang baik.


2) Pemandu (Bas Persiaran)

Kelayakan:

· Berumur tidak kurang daripada 25 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh tutup iklan.
· Sihat tubuh badan dan mempunyai tahap penglihatan yang baik.
· Memiliki lessen memandu Kelas D, dan Bas (E & PSV) yang sah dikeluarkan oleh Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ).
· Mempunyai pengalaman memandu bas tidak kurang dari 2 tahun.
· Berhemah, bertanggungjawab, mesra pelanggan dan kemahiran komunikasi yang baik.
· Mahir mengenai perjalanan dan lokasi seluruh Semenanjung Malaysia.
· Tiada rekod kesalahan undang-undang jalanraya.


Kepada anda yang berminat bolehlah menghantar resume berserta gambar berukuran pasport
yang mengandungi maklumat lengkap berkaitan kelayakan akademik, pengalaman kerja dan
gaji terkini/dijangka sebelum atau pada 10 April 2010 ke alamat berikut:

Pengurus
Uniutama Travel & Tours Sdn. Bhd.
The University Inn
Universiti Utara Malaysia
06010 Sintok, Kedah
(u/p: Jabatan Sumber Manusia)

Tarikh tutup 10 April 2010

Pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi (04-9232234/235)atau faks (04-9245454).

Iklan asal di sini