Wednesday, March 31, 2010

Sleeping Cutie Contest

Aku tahu korang mesti ternanti-nantikan contest untuk disertai...cewah! apa tunggu lagi...korang leh join contest kat bawah ni...silakan..silakan...

PERHATIAN!!

Owner blog nak (+) HADIAH lagi, yeay!!! Andaikata ada yang tak cukup syarat (cth: anak bawah 6 bulan @ tak ada blog) submit je, hehe :P

Tarikh tutup : 9 APRIL 2010

sompek laie nak join ni..ado maso laie..copek amik gambar anak korang tido..!

mari join >>>>> SLEEPING CUTIE CONTEST

Tuesday, March 30, 2010

Jawatan Kosong di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia(BERNAMA)

Jawatan Kosong di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia(BERNAMA)

BERNAMA, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, peneraju dalam perkhidmatan Berita dan maklumat mempelawa calon yang berkelayakan bagi mengisi jawatan:

Eksekutif Media

Kelayakan:

  • Calon haruslah memiliki kelayakan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Maklumat/Sains Komputer/Pentadbiran Perniagaan/Perhubungan Awam atau mana-mana berkaitan dengannya;
  • Mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan baik;
  • Fasih bertutur di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
  • Boleh bekerja luar kawasan;
  • Berkemahiran dalam Sistem CRM, Sistem “Server”, dan telekomunikasi; dan
  • Mempunyai pengalaman 2 tahun dalam bidang yang berkaitan.

Kerani

Kelayakan:

  • Calon haruslah memiliki kelayakan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia yang diiktiraf Kerajaan atau yang setaraf dengannya;
  • Kredit dalam Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
  • Mahir menggunakan aplikasi komputer (Microsoft Office).

Calon yang berminat diminta membuat permohonan yang lengkap dengan menyatakan kelayakan, pengalaman bekerja, gaji sekarang dan gaji yang dipohon, nombor telefon yang boleh dihubungi, gambar berukuran pasport serta salinan sijil-sijil yang berkaitan ke alamat seperti di bawah pada atau SEBELUM 20 APRIL 2010:

Pengurus Sumber Manusia
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
No, 28 Jalan 111/56A, Off Jalan Tun Razak
Peti Surat 10024, 50700
KUALA LUMPUR

(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga)

Jawatan Kosong di Perbadanan Stadium Kelantan




Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yg berkelayakan unutk mengisi jawatan berikut:

1. Penolong Akauntan Gred W27
2. Juruteknik Gred J17
3. Pembantu Tadbir (P/O) N17

DOWNLOAD IKLAN

Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang PSK 1/2010 yg boleh didapati di pejabat ini dengan harga RM1.00 sila hantarkan permohonan anda ke alamat berikut:

SETIAUSAHA
PERBADANAN STADIUM kELANTAN
BANGUNAN ASTAKA STADIUM SULTAN MUHAMMED KE IV
15200 JALAN MAHMOOD
KOTA BHARU
KELANTAN

Sebelum @ pada 14 April 2010

Monday, March 29, 2010

MONICA’S FIRST GIVEWAY

adakah korang sangat batak nak join contest?? jika jawapannye YA...sila baca di bawah ini...




Syarat-syarat:

1. Buat 1 entry pasal giveway ini..tajuk mestilah MONICA’S FIRST GIVEWAY..ajak rakan-rakan anda join sekali tau!!
2. Dalam entry tersebut mestilah ada banner di atas dan jangan lupa juga letak banner tersebut dekat sidebar blog anda..pastikan ada link blog Monica dalam banner tersebut..
3. Tentang follower pula..MonicaTAK PAKSA anda untuk jadi follower dia..tapi pastikan selepas anda postkan entry terbaru tersebut,leave comment anda dekat entry ini..nanti senang untuk dia buat sport check..
4. Hadiah untuk giveway ini tak seberapa..kepada yang join,terima kasih Monica ucapkan..



Salah 1 hadiah yang disediakan..
(tali telefon,sarung telefon dan aksesori telefon)
hadiah ini khas untuk entry yang dapat memikat hati owner blog..

3 pemenang akan menerima hadiah berdasarkan cabutan bertuah..
(1 teddy bear dan 1 kalungan wangi)

5. Hadiah akan diberikan berdasarkan cabutan bertuah..hanya 3 PEMENANG layak untuk mendapat hadiah dan 1 PEMENANG akan diberikan hadiah berdasarkan entry yang dapat memikat hati owner blog...
6. Tarikh tutup pernyataan ialah 13 APRIL 2010..

apa tunggu lagi...klik sini >>> MONICA'S FIRST GIVEAWAY

Sunday, March 28, 2010

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan Tetap/Kontrak di Majlis Bandaraya Shah Alam. Keutamaan akan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.

1.PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED J41
2.PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41
3.PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27
4.PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N26
5.PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17
6.JURUTEKNIK (SENIBINA/ELEKTRIKAL) GRED J17
7.PEMBANTU KESIHATAN AWAM GRED U17

PERMOHONAN:

Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang (MBSA 1) yang boleh dibeli di Kaunter Bayaran Tingkat G dengan harga RM3.00 tunai/naskhah.

Permohonan hendaklah dihantar kepada:-
Bahagian Sumber Manusia
Majlis Bandaraya Shah Alam
Tingkat 1, Wisma MBSA, Peti Surat 7200
40706 Shah Alam, Selangor

Tarikh iklan dikeluarkan pada : 21 / 3 / 2010 2009
Tarikh tutup permohonan pada : 5 / 4 / 2010

20 contoh soalan temuduga SPA

20 contoh soalan temuduga SPA:

1. Apa yang anda tahu tentang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)? Apakah peranan peranan yang dimainkan oleh SPA?

2. Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance Indicator) untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan menteri menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda ulas sedikit tentang ini?

3. Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau mekanisme yang membolehkan sesebuah majikan mengukur kemampuan seseorang pekerja?

4. Anda baru dilantik ke sebuah jabatan kerajaan. Anda mendapati, terdapat beberapa kepincangan dalam beberapa proses dan prosedur perkhidmatan yang diberikan oleh jabatan anda. Sebagai orang bawah yang baru sahaja bekerja, bagaimana anda boleh mengutarakan pendapat anda kepada pegawai lain yang lebih tinggi pangkatnya?

5. Aung San Suu Kyi adalah pejuang demokrasi yang dinafikan hak hak kemanusiaan oleh negaranya Myanmar. Sebagai sebuah negara yang berada di kerantauan yang sama, apa yang boleh dilakukan oleh Malaysia untuk menyuarakan kerisauan antarabangsa dan dalam masa yang sama mengekalkan hubungan diplomatik kedua dua hala?

6. Bagaimana anda boleh menyelesaikan konflik atau perselisihan pendapat dengan rakan sekerja anda?

7. Setakat yang anda tahu, apakah tugas tugas yang bakal dipikul oleh Juruukur (atau jawatan yang dipohon) di jabatan ini?

8. Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda?

9. Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui? Adakah anda melakukan sebarang perkara yang akan membantu anda mengatasi kelemahan tersebut?

10. Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada beliau untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan beliau menjadi seorang jurutera yang serba boleh?

11. Di manakah anda 5 tahun dari sekarang?

12. Sebagai seorang pegawai sumber manusia, apakah strategi yang boleh anda lakukan untuk memastikan tahap motivasi pekerja di semua jabatan atau unit berada pada tahap yang tertinggi?

13. Mengapa anda memohon jawatan ini?

14. Kenapa jawatan dalam kerajaan yang dipilih. Kenapa tidak swasta? Apa kelebihan dan kekurangan bekerja dengan kerajaan berbanding dalam sektor swasta?

15. Pada pendapat anda, adakah sistem pendidikan di negara ini berada pada landasan yang betul? Apa yang anda mahu lihat pada sistem pendidikan yang masih belum ada buat masa ini?

16. Sebagai pereka lanskap, apakah langkah langkah yang perlu diambil, serta faktor faktor yang mesti diambil kira sebelum anda melakukan sebarang rekaan di atas kertas?

17. Nyatakan sebarang pencapaian atau keterlibatan anda dalam membangunkan sistem teknologi maklumat, samaada di tempat kerja sebelum ini, di universiti atau di tempat tempat lain.

18. Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk ke jabatan kerajaan, bagaimana anda boleh meyakinkan kami bahawa anda tidak akan keluar dan masuk semula ke sektor swasta?

19. Seorang pegawai kerajaan akan sentiasa menghadapi kemungkinan untuk dipindah lokasi dan tempat bekerja. Terangkan respons anda terhadap komitmen sebegini. Bagaimana anda akan menyelesaikan segala cabaran yang muncul dalam proses perpindahan ini?

20. Nyatakan satu contoh di mana anda telah menonjolkan bakat kepemimpinan semulajadi dalam melaksanakan sesuatu aktivit atau program yang besar dan berjaya.

sumber : skor career

Saturday, March 27, 2010

5 Tip Asas Temuduga Kerajaan

Temuduga merupakan proses yang perlu dilalui oleh mereka yang ingin menjawat jawatan awam atau kerajaan. Proses temuduga ini penting kerana ia merupakan antara benteng terakhir yang menentukan samaada usaha anda selama ini yang bersusah payah mengisi borang SPA dan juga menghadiri sesi ujian bakal memberi habuan atau sebaliknya kekecewaan.

Pastikan anda membuat persediaan rapi sebelum menghadapi sesi temuduga kerana tanpa persediaan yang secukupnya, anda akan pulang hampa dan kecewa.

Berikut adalah 5 tip asas dan mudah yang boleh diikuti oleh anda yang akan melalui temuduga kerja kerajaan:

1. Ambil berat adab dan tertib temuduga

Tampilkan pemakaian dan personaliti yang menggambarkan anda seolah olah seorang eksekutif yang yakin, berkarisma dan berketerampilan. Untuk lelaki, tali leher serta kasut, baju dan seluar yang berpadanan manakala untuk wanita, pemakaian eksekutif yang bersesuaian. Jangan segan silu untuk memakai kot atau blazer, kerana ia bukan sesuatu yang anda akan lakukan setiap hari. Pastikan anda datang awal ke sesi temuduga, lengkap dengan segala dokumen yang diperlukan.

2. Tahu tugas dan peranan anda

Semak semula jawatan yang dipohon dan senaraikan tugas tugas dan peranan yang mungkin dipikul jika sekiranya anda berjaya menjawat jawatan kosong yang ditawarkan. Jika ditanya, “Pada pandangan anda, apakah tugas tugas jawatan seorang Pegawai Penyelia seperti yang anda pohon sekarang?”, perkara terakhir yang anda inginkan berlaku adalah gagal menjawab soalan di atas dan hanya kelu tidak terkata di hadapan penemuduga. Dapatkan maklumat dari beberapa sumber seperti laman web, buku panduan, rakan rakan serta ahli keluarga yang bekerjaa dengan kerajaan.

3. Buat kajian mengenai struktur & organisasi pentadbiran kerajaan

Buat sedikit kajian mengenai beberapa jabatan atau kementerian terutamanya tugas tugas yang dipikul oleh jabatan yang berlainan. Buat perbandingan dengan pentadbiran negeri (dan sebagainya) untuk memahami perbezaan dari segi struktur dan fungsi. Ini terutamanya penting untuk mereka yang bakal menghadiri temuduga PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik).

4. Ambil tahu isu semasa dan terkini

Seorang kakitangan kerajaan perlu sentiasa peka dengan perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang berlaku di dalam dan luar negara. Sebagai contoh, penemuduga mungkin bertanyakan pendapat anda tentang dasar dasar luar Amerika yang diamalkan oleh Presiden barunya Barrack Obama. Manakala, dari konteks dalam negeri, anda mungkin diminta menghuraikan pandangan anda tentang konsep Satu Malaysia yang diperkenal oleh Perdana Menteri Ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak.

5. Usaha jawab walaupun tidak tahu jawapan tepat

Bukan sesuatu yang memalukan jika anda tidak tahu jawapan kepada sesuatu soalan temuduga. Tetapi, jangan sekadar menjawab “maaf, saya tidak tahu”. Sebaliknya, cuba terangkan sejauh mana yang anda tahu dan tunjuk usaha kepada penemuduga bahawa anda sanggup bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu ilmu atau maklumat.

Sebenarnya, selain daripada menguji pengetahuan, penemuduga ingin mengetahui sejauh mana usaha atau inisiatif anda mencuba. Mereka juga ingin bersemuka dengan calon pekerja yang mempunyai kemahiran berkomunikasi dan mereka yang boleh membuat analisa kepada sesuatu persoalan dan isu.

sumber : skor career

Contest #001 My Favourite Perfume




What you need to do is...
Write about...
My Favourite Perfume
@
Perfume Kesukaan Saya
in your own sweetest way as creative and witty as you can.
Remember, your writing must represent YOU, yourself as a perfume lover.
There’s no limit to this entry and it’s all up to your creativity.
It can either be in English oR Bahasa.

* Note - Please include this link in your entry : http://perfumeberry.blogspot.com/
Dateline of this contest will be on 25th APRIL 2010
sila layari perfumeberry oke!!


Friday, March 26, 2010

1ST GIVEAWAY : PLAYGROUND PLAY-A-ROUND

Create your own banner at mybannermaker.com!

Syarat-syarat adalah seperti berikut :

1) Peserta MESTI jadi follower LIFELOVELIVE :-) giler paksa.
2) Kalau sudi letaklah link blog ni dalam senarai bloglist anda.
3) Buat 1 entry mengenai giveaway ini dan tepekkan banner di sidebar anda ye.
4) Oh, paling penting tepekkan gambar anak anda di taman permainan ye. ikutlah berapa keping anda larat nak upload :-)
5) Tinggalkan jejak di comment entry ini supaya saya dapat menjejaki anda semula dengan jayanya. Jangan lupa tinggalkan url ye kawan2 :-)

Ok itu sahaja syarat2nya. Tiada slogan diperlukan...ngeeeeeeeeeeeee..

giveaway ini akan berlangsung lebih sebulan (17/3/10 hingga 30/4/10)

untuk maklumat lanjut layari :
LIFELOVELIVE

Jawatan kosong : SEA Press Reader

SEA Press Reader
(Kuala Lumpur - Jalan P. Ramlee)

Responsibilities:

  • Exceptional ability to process and retain information.
  • Understanding of the implications of major news and current affairs issues Malaysia & Singapore -wide and an ability to utilise that understanding to service our clients.
  • Broad knowledge of Malaysian & Singaporean political & business landscape.
  • An appreciation of the diverse requirements of the Malaysian and Singaporean-wide client base and an ability to optimise reading to meet those clients' needs.
  • A commitment to excellence in service delivery to our clients.

Requirements:

  • Media savvy, with a keen news sense.
  • Strong English Language competency.
  • Fluency in spoken and written Chinese is preferable.
  • Experience in working flexible hours. Must be able to work on shift starting at 5:00am, weekends and public holidays.
  • Capable of exercising judgement and pro-actively escalating system issues of concern.
  • Strong comprehension of news issues and political/economic affairs.
  • Solid comprehension, reading and analytical skills.
  • Strong PC skills within a Windows environment.
  • Demonstrated ability to focus on fine detail.
  • Ability to work under pressure and to deadlines.
  • Ability to work without close supervision and in a team environment.
  • Demonstrated experience in working within a constantly changing environment.
  • Applicants should be Malaysian citizens or hold relevant residence status.

Interested candidates are invited to apply online via Jobstreet. It is COMPULSORY to complete the short questionnaire through the Jobstreet online application.

Closing Date: 08-04-10.

To view and download the Position Description for the above role, please visit: http://www.bfound.net/Company/549-20091208145524.pdf.

For more information on Asia Media Monitors, please visit our website www.asiamediamonitors.com.

Please note: Only shortlisted candidates will be contacted.

D'ALYA BOUTIQUE GIVEAWAY


Contest start date: 1st March 2010,
Contest end date: 31st March 2010.
Result will be announced latest by 15th April 2010

d’alya boutique has generously offered:
  1. Cloth Diaper Babyland Printed SpongeBob – 1 unit worth rm29
  2. Cloth Diaper Coolababy Snap Button – 1 unit worth rm26
  3. Coolababy Wet Bag – 1 unit worth rm25
  4. Busha Legging Pant – 1 unit worth rm14
  5. Mystery gift for best photo of baby wearing CD or Busha – the judge will be mr.hubby…
Jom sertai...sempat lagi nih!! klik link di bawah :
Alya boutique

MINI CONTEST: EARTH WE CARE, WE LOVE YOU. JOM JOIN!!!!!

Masih berminat nak join contest...mari-mari...

TEMPAT PERTAMA
* 1 X Beg Hijau
* 1 helai T-Shirt "Hijau" (free size)
*1 X Button Badge "Dunia: Kami Sayangkan Kamu"

TEMPAT KEDUA
* 1 X Beg Hijau
* 1 X Button Badge "Dunia: Kami Sayangkan Kamu"

TEMPAT KETIGA
*1 x Button Badge "Dunia: Kami Sayangkan Kamu"
*Topup RM 10

SAGUHATI
*3 X Beg Hijau

Contest bermula (10 Mac. 2010-10 April. 2010) SEBULAN ok!.

berminat??
Klik sini >>>>>>>>>>>>> FAIZAL SULAIMAN

Contest...contest....contest....

Nak join contest?
bosan tak tahu nak wat menda kan...

nak menang hadiah kat bawah ni tak?? (:



pe lagi..klik je laman web kat bawah ni..mana tahu korang bernasib baik.
cepat sebelum terlambat.


Contest ends:4 April 2010

Jawatan kosong di Amanah Saham Mara Berhad

Pelbagai jawatan kosong : 6 kekosongan (full time)

Job Description :

ASM GROUP is a pioneer in the fund management industries, with subsidiaries in unit trust management and financial services. We are now preparing for a new phase of growth, innovation and service excellence and we need qualified individual to strengthen our human capital base. Successful candidates are expected to help us realize our corporate mission to be a leading player in the fund management industry. The following positions are available.

1. HEAD, DISTRIBUTION AND SALES

Key responsibilities
* To plan and implement strategic sales program and recruitment of Unit Trust Consultants initiatives
* To create an effective and efficient environment for sales team to move forward in meeting the sales and recruitment target
* To lead and manage the sales team to provide effective marketing services to branches, IUTA, MARA collecting point by providing training and guidance for effective execution

Requirements
* Master / Degree in Marketing / Finance / Business Administration / Business Management or its equivalent
* Minimum of seven (7) years working experience in sales and distribution channel of the financial services industry
* Good presentation, interpersonal and marketing skills
* Good networking and wide coverage of contacts
* Possession of Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM) Authorisation Card and Certified Financial Planner (CFP) is an advantage
* Excellent written and communication skills in English and Bahasa Malaysia
* Good understanding of unit trust system and technology


2. EXECUTIVE, ACCOUNTS

Key responsibilities
* To prepare full set of financial accounts
* To prepare financial and management reports, taxation and liase with the relevant authorities

Requirements
* Degree in Accountancy or its equivalent
* Minimum of three (3) years working experience in similar capacity
* Possess analytical mind, meticulous and flair with figures
* Self motivated with leadership qualities, result oriented and able to meet deadlines
* Able to work independently with minimum supervision
* Excellent written and communications skills in English and Bahasa Malaysia
* Computer literacy in MS Office applications especially in MS Excel


3. EXECUTIVE, TRUST ADMINISTRATION & SERVICES


Key responsibilities
* To be responsible in monitoring of unit trust operations activities to ensure smooth running of the department in accordance with the company policies, Securities Commission Act 1993 and Guidelines on Unit Trust Funds
* To ensure all business transactions are processed according to the policies and procedures
* To assist immediate supervisor in preparing working papers and other tasks assigned

Requirements
* Degree in Business Administration, Management, Finance, Accounting or its equivalent
* Minimum of one (1) year working experience in the unit trust industry, banking environment or business management related area
* Preference will be given to those with knowledge of the unit trust and / or fund management industry, auditing and / or securities industry
* Good report writing skills
* Excellent interpersonal skills


4. OFFICER, ACCOUNTS


Key responsibilities
* To carry out daily routine in Unit Trust Funds Accounts which include preparing receipt, payment voucher, daily price calculation and bank reconciliation
* Responsible in preparing unit trust funds income distribution statements, produce vouchers and warrants to be distributed with annual reports

Requirements
* Diploma in Accountancy or its equivalent
* Working experience in relevant field is an added advantage
* Able to handle full set of accounts
* Able to work long hours
* Able to work independently with minimum supervision
* Computer literacy in MS Office applications especially in MS Excel


5. CLERK


Requirements
* Possess minimum qualification of Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) or its equivalent
* Minimum of one (1) year working experience in clerical work
* Possession of Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM) Authorisation Card is an advantage
* Independent, self-motivated and possess pleasant personality
* Computer literacy in MS Office application


6. PEMANDU


Kelayakan
* Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Rendah Pelajaran (SRP) / Penilaian Menengah Rendah (PMR)
* Memiliki lesen memandu kelas B2 dan D yang sah dan pengalaman memandu selama 2 tahun
* Mempunyai rekod trafik yang bersih
* Boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik
* Mahir dengan jalan-jalan sekitar Lembah Kelang

Keutamaan diberi kepada calon-calon yang tinggal di kawasan Subang Jaya, Shah Alam dan kawasan yang berdekatan.


Competitive salaries commensurate with qualifications and experience together with other attractive fringe benefits will be offered to the right candidate.

Interested candidates are invited to apply online at hrd@asmb.com.my or by mailing to the address below together with your complete resume stating working experience, current and expected salary, contact number, copies of relevant certificates and recent passport-sized photo (n.r) to:-

Amanah Saham Mara Berhad (7240-P)
Human Resource Development Department
5th Floor, Wisma ASMB
No 1A, Jalan Lumut
P.O. Box 10701
50722 Kuala Lumpur

Tel : 03-4145 3800
Fax: 03-4145 3801

Visit our website at: www.asmb.com.my

Closing Date: To Be Advised (TBA)

Jawatan kosong di UKM

Kami memerlukan Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia bagi jawatan-jawatan seperti berikut:

1. PEGAWAI BELIA & SUKAN S41

Tarikh tutup : 8 April 2010

Cara Memohon Jawatan Lantikan Baru:

Laman Web : http://www.ukm.my/ejob

Sebarang pertanyaan sila hubungi :-

Bahagian Sumber Manusia,
Jabatan Pendaftar,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Jawatan kosong Jabatan Perangkaan Malaysia

Permohonan adalah dipelawa kepada semua Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

Jawatan

1. PEMBANCI
2. PENYELIA

Download iklan

Tarikh tutup : 30 APRIL 2010

Jawatan kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dengan ini mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdaya saing untuk mengisi kekosongan jawatan berkaitan seperti berikut:

JAWATAN AKADEMIK

1. Profesor Madya Gred DK54
2. Profesor Madya Gred DK53
3. Pensyarah Gred DK45
4. Pensyarah Muda Gred DK41
5. Pengajar Klinikal Gred U31
6. Penolong Pensyarah Gred DK29

JAWATAN PENTADBIRAN

1. PENDAFTAR GRED N52
2. PENASIHAT UNDANG-UNDANG GRED L52
3. PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT KANAN GRED F44
4. PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41
5. PENOLONG BENDAHARI GRED W41
6. JURUAUDIT DALAMAN GRED W41
7. PENOLONG PENDAFTAR GRED N41
8. PENGURUS ASRAMA GRED S41
9. PUSTAKAWAN GRED S41
10.PEMBANTU TEKNIK (UKUR BAHAN) GRED J29
11.PENOLONG PEGAWAI (PENTADBIRAN) GRED N27
12.PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT / SETIAUSAHA PEJABAT GRED N17 / N27
13.JURUTEKNIK (Mekanikal/ Elektrikal/ Awam) GRED J17
14.JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT17
15.PEMBANTU TADBIR / PEMBANTU JURUAUDIT / PENYELIA ASRAMA / PEMBANTU PERPUSTAKAAN GRED L17 / W17 / N17 / S17
16.PEMBANTU MAKMAL (Fakulti Sains Kejururawatan & Kesihatan Sekutu) GRED C17
17.PEMBANTU TADBIR RENDAH GRED N11
18.PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11
19.PEMANDU KENDERAAN BERMOTOR GRED R3
20.PEMBANTU AM RENDAH/ TUKANG GRED N1

senarai download

IKLAN AKADEMIK
BORANGPERJAWATAN AKADEMIK
IKLAN PENTADBIRAN
BORANG JAWATAN PENTADBIRAN

Tarikh tutup : 15 April 2010

Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk membuat permohonan jawatan seperti berikut. Keutamaan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.

1. PUSTAKAWAN – GRED S41
2. JURUTERA – GRED J41
3. PEGAWAI TADBIR – GRED N41
4. PEGAWAI PENGUATKUASA - GRED N41
5. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN – GRED U29
6. PENOLONG PEGAWAI TADBIR – GRED N27
7. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – GRED F29
8. PENOLONG AKAUNTAN – GRED W27
9. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN – GRED W27
10. PENOLONG JURUAUDIT – GRED W27
11. ARTIS BUDAYA (KETUA PEREKA TARI) – GRED B31
12. JURURAWAT TERLATIH - GRED U29
13. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA - GRED J29
14. PENOLONG PEGAWAI SENIBINA - GRED J29
15. PENOLONG JURUTERA - GRED J29
16. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN DAN OPERASI) – GRED N17
17. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT – GRED N17
18. PEMBANTU KESIHATAN AWAM – GRED U17
19. PEMBANTU PENGUATKUASA – GRED N17
20. JURUTEKNIK (AWAM/SENIBINA) – GRED J17
21. JURUBAHASA – GRED L17
22. JURUBAHASA – GRED L17
23. PEREKA GRAFIK – GRED B17
24. PEMBANTU MUZIUM – GRED S17
25. PEMBANTU PERPUSTAKAAN – GRED S17
26. PEMBANTU JURUAUDIT – GRED W17
27. PEMBANTU AKAUNTAN - GRED W17
28. PEMBANTU TADBIR (PENGAWAS) - GRED N17
29. JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA - GRED J17
30. PENOLONG JURURAWAT – GRED U11
31. PEMBANTU AM PEJABAT – GRED N1
32. TUKANG K3 (TUKANG CAT) – GRED R9
33. PEMANDU KENDERAAN – GRED R3
34. PEKERJA AWAM – GRED R1

DOWNLOAD IKLAN

DOWNLOAD CARA MEMOHON

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN

Borang juga boleh dimuat turun di atas. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar beserta dengan:-
(a) Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran.
(b) Salinan Sijil-sijil Persekolahan.
(c) Salinan Kelulusan Akademik (sila sertakan surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil/diploma/ijazah dari IPTS dan luar negara – (jika yang berkenaan)
(d) Transkrip keputusan peperiksaan semua semester -(jika yang berkenaan)
(e) Sekeping gambar ukuran pasport (Warna).
(f) Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas kiri sampul surat permohonan.

Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:-
DATUK BANDAR,
MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA,
JALAN YONG SHOOK LIN,
46675 PETALING JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN.
(u.p. : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 7hb APRIL 2010 (RABU)