Thursday, April 1, 2010

Jawatan kosong di Travel & Tours Sdn. Bhd

Travel & Tours Sdn. Bhd. (UTTSB) menawarkan dua (02) kekosongan jawatan sebagai:


1) Sales Executive

Kelayakan:

· Kelulusan Diploma dalam bidang pengiklanan/pemasaran atau yang berkaitan.
· Sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam bidang tugas jualan dan pemasaran di hotel-hotel bertaraf 2 bintang ke atas.
· Boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
· Boleh bekerja tanpa seliaan, mempunyai komitmen untuk mencapai sasaran jualan,
bermotivasi tinggi dan berkemahiran interpersonal yang baik.


2) Pemandu (Bas Persiaran)

Kelayakan:

· Berumur tidak kurang daripada 25 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh tutup iklan.
· Sihat tubuh badan dan mempunyai tahap penglihatan yang baik.
· Memiliki lessen memandu Kelas D, dan Bas (E & PSV) yang sah dikeluarkan oleh Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ).
· Mempunyai pengalaman memandu bas tidak kurang dari 2 tahun.
· Berhemah, bertanggungjawab, mesra pelanggan dan kemahiran komunikasi yang baik.
· Mahir mengenai perjalanan dan lokasi seluruh Semenanjung Malaysia.
· Tiada rekod kesalahan undang-undang jalanraya.


Kepada anda yang berminat bolehlah menghantar resume berserta gambar berukuran pasport
yang mengandungi maklumat lengkap berkaitan kelayakan akademik, pengalaman kerja dan
gaji terkini/dijangka sebelum atau pada 10 April 2010 ke alamat berikut:

Pengurus
Uniutama Travel & Tours Sdn. Bhd.
The University Inn
Universiti Utara Malaysia
06010 Sintok, Kedah
(u/p: Jabatan Sumber Manusia)

Tarikh tutup 10 April 2010

Pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi (04-9232234/235)atau faks (04-9245454).

Iklan asal di sini

No comments:

Post a Comment

wanna say something??