Wednesday, May 12, 2010

Jawatan Kosong : Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Unit Sains Teknologi Dan ICT Johor.

1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29

Borang-borang yang sempurna diisi hendaklah disertakan gambar berukuran pasport terkini dan juga SALINAN PHOTOSTAT, Sijil Beranak, Kad Pengenalan, Sijil Keputusan Peperiksaan-Peperiksaan, Diploma atau Ijazah berserta salinan transkrip yang lengkap yang telah diakui salinan sah (Kumpulan A – Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Kumpulan B – Kumpulan Sokongan 1) dan dicatatkan nama jawatan berkenaan di penjuru kiri atau setiap sampul surat. [Sekiranya permohonan tidak disertakan syarat sepertimana yang di atas, pihak kami akan menolak permohonan tersebut).

Download Iklan

Download borang permohonan

Calon-calon dikehendaki menyatakan semua kelayakan yang ada semasa memohon apa jua jawatan yang diiklankan. Kelayakan tersebut hendaklah diisi di dalam borang USTICT 01/03.

PERMOHONAN HENDAKLAH DIHANTAR KEPADA:

UNIT SAINS TEKNOLOGI DAN ICT NEGERI JOHOR
ARAS 1, KOMPLEKS MENTERI BESAR, KOTA ISKANDAR,
79503 NUSAJAYA,
JOHOR DARUL TA'ZIM.

SEBELUM ATAU PADA 31 MEI 2010

No comments:

Post a Comment

wanna say something??