Saturday, June 26, 2010

Jawatan Kosong ; Institut Profesional Baitumal

IPB merupakan sebuah institusi pendidikan swasta yang dimiliki oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) serta menawarkan kursus-kursus profesional LCCIIQ, CAT (ACCA) dan Program Usahasama dengan UiTM. Sekiranya anda adalah seorang individu yang proaktif dan berdedikasi maka anda adalah layak untuk memohon untuk menjawat jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Akademik
Jawatan : Pensyarah Bahasa Inggeris

Syarat Kelayakan Minima :-
Memiliki Ijazah Sarjana Muda TESL dengan kepujian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Mempunyai sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan. Fresh Graduate dalam bidang yang berkaitan digalakkan untuk memohon

Jawatan : Pensyarah Undang-Undang
Syarat Kelayakan Minima :-
Memiliki sekurang-kurangnya ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan kepujian atau kelayakan yang setaraf dengannya. Mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman mengajar dalam bidang berkaitan.


Jawatan Bukan Akademik
Jawatan : Eksekutif di Jabatan Kewangan
Syarat Kelayakan Minima :-
Memiliki sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang Perakaunan / kewangan atau kelayakan yang setaraf dengannya. Mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam bidang yang berkaitan. Boleh bekerja dengan penyeliaan yang minimum. Berpengalaman dalam pengurusan perolehan akan diberi keutamaan.

Jawatan : Eksekutif Perhubungan Awam
Syarat Kelayakan Minima :-
Memiliki sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang Komunikasi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.Mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman kerja dalam bidang perhubungan awam. Mempunyai personaliti yang menarik serta kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik.Berfikiran terbuka, idealistik. Bersedia untuk bekerja lebih masa. Berpengetahuan dalam perisian Adobe Illustrator akan diberikan keutamaan.

Jawatan : Eksekutif HEP ( Kebajikan & Penempatan Pelajar )
Syarat Kelayakan Minima :-
Memiliki sekurang-kurangnya ijazah Sarjana Muda dalam bidang Usuluddin, Syariah atau kelayakan yang setaraf dengannya.Mempunyai sekurang-kurang 2 tahun pengalaman dalam aktiviti pembangunan kerohanian yang melibatkan pelajar. Berfikiran terbuka dan idealistik dalam merencanakan aktiviti pelajar. Bersedia untuk kerja lebih masa.

Jawatan Kumpulan Sokongan

Jawatan : Warden Asrama (Wanita)
Syarat Kelayakan Minima :-
Memiliki sekurang-kurangnya STPM atau kelayakkan setaraf dengannya. Mempunyai sekurang-kurangya 4 tahun pengalaman sebagai warden asrama. Mahir dalam menggunakan perisian komputer. Bersedia untuk bekerja lebih masa. Penginapan disediakan. Calon yang berumur 30 tahun ke atas. Bekas anggota polis atau tentera akan diberikan keutamaan.

Tarikh Tutup

30 JUN 2010.

(Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi.)


Permohonan

Kami menawarkan insentif perkhidmatan yang menarik termasuk peruntukan perubatan seisi keluarga (bagi yang telah berkahwin), perlindungan insuran, elaun perumahan dan COLA, bonus, insentif 13 bulan, kenaikan gaji tahunan dan sebagainya.
Sekiranya anda adalah seorang yang berdaya saing, mampu menyumbangkan idea-idea yang bernas, berfikiran positif serta suka pada cabaran, sila hantarkan permohonan anda dengan mengemukakan resume yang lengkap berserta salinan sijil transkrip akademik yang telah disahkan dan gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) kepada:-

UNIT SUMBER MANUSIA

INSTITUT PROFESIONAL BAITULMAL

Lot 1363 Jalan Perkasa
Off Jalan Kg Pandan
55100 Kuala Lumpur
No. Tel : 03-92814054 ext : 1000 @ 1001

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami www.ipb.edu.my . Permohonan melalui faks atau email tidak akan diterima.
Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di sudut kiri sampul surat.

No comments:

Post a Comment

wanna say something??