Monday, June 7, 2010

Jawatan Kosong : Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd.

Jawatan :
CARA MEMOHON

1. Borang permohonan boleh diperolehi dengan muat turun disini

2. Borang permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut :-

i. Gambar berukuran pasport (warna)

ii. Salinan sijil kelahiran dan kad pengenalan yang disahkan.

iii. Salinan sijil kelulusan akademik yang disahkan.

iv. Salinan kad pengenalan bapa sekiranya pemohon lahir di luar Terengganu yang disahkan.

v. Sijil Kerakyatan Negeri Terengganu, jika bapa dan pemohon lahir di luar Negeri Terengganu yang disahkan.

vi. Salinan dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang disahkan, jika ada.

3. Permohonan daripada Pegawai-pegawai Kerajaan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Perkara 21.

4. Hanya borang permohonan yang lengkap diisi beserta kesemua dokumen-dokumen di para 3.2 sahaja yang akan diproses.

5. Hanya calon yang berkelayakan selepas tapisan dan lulus Peperiksaan Khas SATU sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

6. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup permohonan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

7. Nama Jawatan hendaklah ditulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :-

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd.

Jalan Sultan Ismail

20200 Kuala Terengganu

(U.P. Bahagian Perkhidmatan Korporat II)

8. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 17 JUN 2010

Download borang permohonan

No comments:

Post a Comment

wanna say something??