Tuesday, March 30, 2010

Jawatan Kosong di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia(BERNAMA)

Jawatan Kosong di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia(BERNAMA)

BERNAMA, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, peneraju dalam perkhidmatan Berita dan maklumat mempelawa calon yang berkelayakan bagi mengisi jawatan:

Eksekutif Media

Kelayakan:

  • Calon haruslah memiliki kelayakan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Maklumat/Sains Komputer/Pentadbiran Perniagaan/Perhubungan Awam atau mana-mana berkaitan dengannya;
  • Mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan baik;
  • Fasih bertutur di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
  • Boleh bekerja luar kawasan;
  • Berkemahiran dalam Sistem CRM, Sistem “Server”, dan telekomunikasi; dan
  • Mempunyai pengalaman 2 tahun dalam bidang yang berkaitan.

Kerani

Kelayakan:

  • Calon haruslah memiliki kelayakan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia yang diiktiraf Kerajaan atau yang setaraf dengannya;
  • Kredit dalam Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
  • Mahir menggunakan aplikasi komputer (Microsoft Office).

Calon yang berminat diminta membuat permohonan yang lengkap dengan menyatakan kelayakan, pengalaman bekerja, gaji sekarang dan gaji yang dipohon, nombor telefon yang boleh dihubungi, gambar berukuran pasport serta salinan sijil-sijil yang berkaitan ke alamat seperti di bawah pada atau SEBELUM 20 APRIL 2010:

Pengurus Sumber Manusia
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
No, 28 Jalan 111/56A, Off Jalan Tun Razak
Peti Surat 10024, 50700
KUALA LUMPUR

(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga)

No comments:

Post a Comment

wanna say something??